Friday, April 27, 2007

Silibus Bengkung (Hitam) Kosong ke Awan Putih

(Bengkung Hitam Kosong Ke Awan Putih)

Asas gerakan I

  1. Tumbuk pintal tali
  2. Awas dan sedia (tarik kaki kanan ke balakang).
    Kedudukan bertapak kuda-kuda, kaki kiri di hadapan kaki kanan di belakang, 45 darjah antara kedua-dua tapak kaki.
    Tangan kanan kelek anak di sisi dan tangan kiri bersedia.
    Tangan kanan tumbuk ke hadapan.
    Kemudian tangan kiri tumbuk ke sebelah kanan 90 darjah.
    Kisar kedua-dua tapak kaki semasa membuat tumbukan kiri dan kanan.
    Ulang pergerakan.

  3. Pancung dayung
  4. Awas dan sedia (tarik kaki kanan ke balakang).
    Kedudukan bertapak kuda-kuda, kaki kiri di hadapan kaki kanan di belakang, 45 darjah antara kedua-dua tapak kaki.
    Kedua-dua tangan dikelek di sisi dalam keadaan tapak tangan terbuka (pancung, ibu jari dilipat ke dalam).
    Tangan kanan pancung ke sebelah kanan 90 darjah.
    Tangan kiri pancung ke bahagian permulaan sewaktu mula mengadap.
    Kisar kedua-dua tapak kaki semasa membuat pancungan kiri dan kanan.
    Ulang pergerakan.

  5. Tumbuk pintal tali bertapak
  6. Awas dan sedia (tarik kaki kanan ke balakang).
    Kedudukan bertapak kuda-kuda, kaki kiri di hadapan kaki kanan di belakang, 45 darjah antara kedua-dua tapak kaki.
    Tumbukan dilakukan dengan melangkah:

    1. Tumbuk tangan kanan ke hadapan serentak langkah kaki kanan ke hadapan
    2. Tumbuk tangan kiri ke hadapan serentak langkah kaki kiri ke hadapan
    Lakukan dalam 12 kiraan.
    Kaki kanan diubah kedudukannya 45 darjah mengadap semula ke belakang pada bilangan 6 dan 12.
    Lengkapkan 12 kiraan dalam pergerakan ini.

  7. Lambung kemudi (atau tendang lurus)
  8. Awas dan sedia (tarik kaki kiri ke sisi dalam keadaan selari berkuda-kuda sederhana untuk menendang).
    Kaki kanan tendang lurus ke hadapan (guna perut kaki).
    Jatuhkan kaki kanan dan bersedia tapak selari.
    Kaki kiri tendang lurus ke hadapan (guna perut kaki).
    Ulang pergerakan.
    Semasa menendang, lentikkan jari kaki ke atas.

  9. Tolak lintang (tendang juring/juring sisi)
  10. Awas dan sedia (tarik kaki kiri ke sisi dalam keadaan selari berkuda-kuda sederhana untuk menendang).
    Tarik kaki kanan ke atas sedikit, bengkokkan lutut ke dalam dan terus juring ke kanan.
    Tangan kanan lindungi bahagian depan tubuh.
    Tangan kiri buat tangkisan dalam ke luar.
    Balik tapak asal, sedia.
    Tarik kaki kiri ke atas sedikit, bengkokkan lutut ke dalam dan terus juring ke kiri.
    Tangan kiri lindungi bahagian depan tubuh.
    Tangan kanan buat tangkisan dalam ke luar.
    Balik tapak asal, sedia.
    Ulang pergerakan.

  11. Tebar jala (sepak layang)
  12. Awas dan sedia (tarik kaki kiri ke sisi dalam keadaan selari berkuda-kuda sederhana untuk menendang).
    Sepak layang kaki kanan ke hadapan (sasaran separas muka sendiri).
    Balik tapak asal, sedia.
    Sepak layang kaki kiri ke hadapan (sasaran separas muka sendiri).
    Balik tapak asal, sedia.
    Ulang pergerakan.

  13. Gulungan 10
  14. Awas dan sedia (tarik kaki kiri ke balakang).
    Kedudukan bertapak kuda-kuda, kaki kanan di hadapan kaki kiri
    di belakang, 45 darjah antara kedua-dua tapak kaki.
    Tangan kiri kelek anak di
    sisi dan tangan kanan bersedia:

    1. Lambung kemudi kiri ke hadapan.
    2. Kaki kanan tebar jala 180 darjah/270 darjah dan terus menghadap ke belakang.
      Kedudukan berkuda-kuda sederhana untuk menendang.
    3. Tolak lintang kaki kiri ke kiri.
    4. Tangan kiri pancung dayung sebelah kiri.
    5. Tangan kanan tumbuk melangkah, tangan kiri lindung pipi kiri.
    6. Tolak lintang kaki kiri ke kiri.
    7. Tangan kiri pancung dayung sebelah kiri.
    8. Tangan kanan tumbuk melangkah, tangan kiri lindung pipi kiri.
    9. Tolak lintang kaki kiri ke kiri.
    10. Ubah kaki kanan, menghadap ke hadapan semula dan duduk anak harimau.
Asas elakan I

  1. Tangkis kuak sisi dalam
  2. Tangkis bawah
  3. Sangga langit/tangkis atas
  4. Kilas dayung tebar jala
  5. Masuk luar tumbuk pintal tali
  6. Elak dalam
  7. Juring pelipat balas pancung
Lompatan Anak Harimau

  1. Tenggiling hadapan sekali + tenggiling hadapan dengan senjata di tangan kanan sekali + tenggiling hadapan dengan senjata di tangan kiri sekali + tenggiling ke belakang sekali + diakhiri dengan melentik pacat
  2. Harimau mengambur mangsa berhalangan rendah (kedudukan mangsa: seperti kedudukan sujud, bilangan mangsa: 1-2)

Pengenalan Ringkas PSSGMUPM

PSSGM UPM adalah salah satu cawangan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di negara ini. Sekarang, gelanggang UPM diamanahkan kepada Cikgu Mohd Fauzi b. Mohd Fadzil (pelangi kuning cula sakti tiga) selepas sekian lama dipegang oleh Cikgu Rasol Ghani (harimau pelangi cula sakti lima).

Memandangkan gelanggang gayong ini diadakan di IPT, waktu latihan telah disesuaikan dengan kelapangan masa pelajarnya. Di sini, untuk setakat semester sekarang (Semester II 2006/2007 - Nov '06 - Apr '07) latihan dijalankan di padang ragbi hadapan Kolej Kediaman Kedua (K2), setiap hari Khamis dan Ahad pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Latihan sudah dihentikan sempena minggu peperiksaan yang sedang berlangsung dan dijangka akan disambung pada awal semester hadapan (Semester I 2007/2008 yang dijangka pada pertengahan Julai 2007).

Ahli yang menjalani latihan secara purata untuk setiap malam latihan dianggarkan kira-kira 50-60 orang putera & puteri. Usaha berterusan sedang dilaksanakan untuk menarik lebih ramai mahasiswa/i kampus UPM menyertai silat seni gayong ini.

Pengenalan terperinci akan dimuatkan sedikit masa lagi.

Thursday, April 26, 2007

Tatatertib di Gelanggang

Tatatertib di Gelanggang
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

  1. Masuk gelanggang
    1. Berwudhu'
    2. Beri salam sebelum masuk gelanggang
    3. Tidak dibenarkan memakai kasut atau selipar di dalam gelanggang
    4. Berpakaian silat yang lengkap

  2. Dalam gelanggang
    1. Jangan meludah dan jangan mencabut rumput
    2. Jangan mengeluarkan kata-kata kotor, hasad dengki dan marah
    3. Jangan memakai barangan kemas seperti jam, cincin, gelang tangan dan kaki dan sebagainya
    4. Jangan makan dan minum melainkan di dalam sesuatu upacara atau adat
    5. Sentiasa bersopan santun dan bertata tertib
    6. Jaga batas kelakuan di antara pesilat berlainan jantina

  3. Membuka gelanggang
    1. Pesilat siap sedia menanti kedatangan gurulatih/pesilat yang ditauliahkan untuk melatih sementara ketiadaan gurulatih
    2. Jurulatih beri salam dan dijawab oleh pesilat
    3. Kedudukan membuka gelanggang (biasa/balai rong/barisan memanjang)
    4. pembukaan gelanggang oleh jurulatih
    5. Bagi pesilat yang terlambat, dia perlu meminta izin gurulatih terlebih dahulu sebelum masuk ke gelanggang dan membuka gelanggang

  4. Keluar gelanggang sementara
    1. Pesilat perlu mendapatkan keizinan dengan gurulatih
    2. Melakukan isitiadat menutup gelanggang

  5. Bersurai/penutupan gelanggang
    1. Kedudukan membuka gelanggang (biasa/balai rong/barisan memanjang)
    2. Penutupan gelanggang oleh gurulatih
    3. Bersalam-salaman sesama pesilat dan meminta maaf
    4. Bersurai