Wednesday, August 13, 2008

Latihan Sesi Pertama 2008/2009 telah pun bermula

Sukacita dimaklumkan latihan mingguan PSSGM UPM akan diadakan seperti info tertera:

Hari: Khamis dan Ahad
Masa: 8.15 - 10.30 mlm
Tempat: Padang berhadapan Kolej Kediaman Ke-2

Semua anak-anak Gayong UPM, yang lama & yang baru serta sesiapa yang berminat untuk menyertai latihan Gayong Malaysia dipersilakan hadir.

Memandangkan aktiviti kokurikulum berkredit telah dipisahkan dari aktiviti persatuan oleh pentadbiran universiti, satu sesi latihan untuk pelajar yang mengambil Silat Gayong sebagai subjek kokurikulum berkredit akan diadakan. Sila rujuk jadual kelas anda masing-masing (bagi pelajar UPM saja).

Pelajar yang mengambil Silat Gayong sebagai subjek kokurikulum berkredit juga boleh menyertai latihan sebenar PSSGM UPM pada hari latihan persatuan pada hari Khamis dan Ahad seperti tertera di atas.