Terima kasih.
EDIT: Tarikh sebenarnya ialah 23-24 Okt 2010. Harap maaf.
Tujuan asal blog ini ialah untuk mengingatkan anak-anak Gayong UPM tentang silibus Gayong Malaysia. Selain itu juga blog ini dibangunkan untuk memuatkan aktiviti-aktiviti dan perkembangan PSSGM UPM.
Awas dan sedia (tarik kaki kanan ke balakang).
Kedudukan bertapak kuda-kuda, kaki kiri di hadapan kaki kanan di belakang, 45 darjah antara kedua-dua tapak kaki.
Tangan kanan kelek anak di sisi dan tangan kiri bersedia.
Tangan kanan tumbuk ke hadapan.
Kemudian tangan kiri tumbuk ke sebelah kanan 90 darjah.
Kisar kedua-dua tapak kaki semasa membuat tumbukan kiri dan kanan.
Ulang pergerakan.
Awas dan sedia (tarik kaki kanan ke balakang).
Kedudukan bertapak kuda-kuda, kaki kiri di hadapan kaki kanan di belakang, 45 darjah antara kedua-dua tapak kaki.
Kedua-dua tangan dikelek di sisi dalam keadaan tapak tangan terbuka (pancung, ibu jari dilipat ke dalam).
Tangan kanan pancung ke sebelah kanan 90 darjah.
Tangan kiri pancung ke bahagian permulaan sewaktu mula mengadap.
Kisar kedua-dua tapak kaki semasa membuat pancungan kiri dan kanan.
Ulang pergerakan.
Awas dan sedia (tarik kaki kanan ke balakang).
Kedudukan bertapak kuda-kuda, kaki kiri di hadapan kaki kanan di belakang, 45 darjah antara kedua-dua tapak kaki.
Tumbukan dilakukan dengan melangkah:
Awas dan sedia (tarik kaki kiri ke sisi dalam keadaan selari berkuda-kuda sederhana untuk menendang).
Kaki kanan tendang lurus ke hadapan (guna perut kaki).
Jatuhkan kaki kanan dan bersedia tapak selari.
Kaki kiri tendang lurus ke hadapan (guna perut kaki).
Ulang pergerakan.
Semasa menendang, lentikkan jari kaki ke atas.
Awas dan sedia (tarik kaki kiri ke sisi dalam keadaan selari berkuda-kuda sederhana untuk menendang).
Tarik kaki kanan ke atas sedikit, bengkokkan lutut ke dalam dan terus juring ke kanan.
Tangan kanan lindungi bahagian depan tubuh.
Tangan kiri buat tangkisan dalam ke luar.
Balik tapak asal, sedia.
Tarik kaki kiri ke atas sedikit, bengkokkan lutut ke dalam dan terus juring ke kiri.
Tangan kiri lindungi bahagian depan tubuh.
Tangan kanan buat tangkisan dalam ke luar.
Balik tapak asal, sedia.
Ulang pergerakan.
Awas dan sedia (tarik kaki kiri ke sisi dalam keadaan selari berkuda-kuda sederhana untuk menendang).
Sepak layang kaki kanan ke hadapan (sasaran separas muka sendiri).
Balik tapak asal, sedia.
Sepak layang kaki kiri ke hadapan (sasaran separas muka sendiri).
Balik tapak asal, sedia.
Ulang pergerakan.
Awas dan sedia (tarik kaki kiri ke balakang).
Kedudukan bertapak kuda-kuda, kaki kanan di hadapan kaki kiri
di belakang, 45 darjah antara kedua-dua tapak kaki.
Tangan kiri kelek anak di
sisi dan tangan kanan bersedia:
Tatatertib di Gelanggang
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia