Thursday, January 31, 2008

Penangguhan Latihan Sempena Cuti Pertengahan Semester

Untuk makluman, sempena cuti pertengahan semester, latihan PSSGM UPM akan ditangguhkan dan disambung semula pada hari Khamis, 14/2/2008.

Terima kasih.

Friday, January 4, 2008

Latihan Sesi Kedua 2007/2008 Bermula

Sukacita dimaklumkan latihan mingguan PSSGM UPM akan diadakan seperti info tertera:

Hari: Khamis dan Ahad
Masa: 8.15 - 10.30 mlm
Tempat: Padang berhadapan Kolej Kediaman Ke-2

Semua anak-anak Gayong UPM, yang lama & yang baru serta sesiapa yang berminat untuk menyertai latihan Gayong Malaysia dipersilakan hadir.

Memandangkan aktiviti kokurikulum berkredit telah dipisahkan dari aktiviti persatuan oleh pentadbiran universiti, satu sesi latihan untuk pelajar yang mengambil Silat Gayong sebagai subjek kokurikulum berkredit akan diadakan seperti info di bawah:

Hari: Sabtu
Masa: 8.15 - 10.30 mlm
Tempat: Padang berhadapan Kolej Kediaman Ke-2
Kehadiran adalah WAJIB kepada pelajar yang mengambil Silat Gayong sebagai subjek kokurikulum berkredit.

Pelajar yang mengambil Silat Gayong sebagai subjek kokurikulum berkredit juga boleh menyertai latihan sebenar PSSGM UPM pada hari latihan persatuan pada hari Khamis dan Ahad seperti tertera di atas.